Strategi pembezaan
dapat dikenalpasti sebagai strategi yang paling sesuai bagi Sutraherbs
Marketing. Strategi jenis ini ditumpukan kepada pengeluaran keluaran
dan perkhidmatan yang unik serta banyak pengeluar, dan
diarahkan kepada pengguna yang tidak sensitif kepada harga. Strategi ini
berpaksikan keunikan pada produk the herba yang dihasilkan. Semakin unik produk
itu bermakna semakin besarlah potensi yang dimiliki oleh syarikat untuk meraih
keuntungan lebih besar. Kreativiti, inovasi, dan keyakinan diri yang tinggi
adalah komponen utama yang perlu dimiliki oleh syarikat yang ingin mengamalkan
strategi ini.
Ramai yang beranggapan bahawa melaksanakan strategi ini memerlukan modal
yang besar. Sebenarnya tidak semua perbezaan itu terhasil menerusi modal yang
besar sahaja kerana apa yang paling penting ialah kreativiti. Ini jelas
terbukti kerana faktor inilah yang mampu membantu syarikat-syarikat yang kecil
pada asalnya seperti 3M, Dell, Hewlett Packard dan lain-lain menjadi syarikat
gergasi.
Sutraherbs Marketing boleh mengamalkan strategi ini tetapi perlu dipastikan strategi
pemasaran syarikat perlu kukuh kerana kejayaan strategi ini banyak bergantung
kepada keyakinan pelanggan terhadap kelebihan perbezaan yang ditawarkan. Di
samping itu prestasi, kualiti atau keunikan produk herba sentiasa berada di
tahap terbaik pada setiap masa kerana kemampuan sedemikian mampu meningkatkan
lagi tahap keyakinan pelanggan terhadap produk. Strategi ini turut menuntut Sutraherbs Marketing supaya peka dengan perubahan dinamik yang berlaku di persekitaran luaran
dan dalaman syarikat.
No comments:
Post a Comment