Industri herba telah
dikenal pasti sebagai satu industri yang berpotensi sebagai sumber pertumbuhan
baru untuk menjana ekonomi negara yang mana pelan pembangunannya telah
dicadangkan di dalam pelan National Key Economic Area (NKEA).Diantara aspek
yang ditekankan ialah pengeluaran, penyelidikan, pembangunan produk di samping
mempromosi khasiat dan kajian sains. Beberapa produk herba terpilih berasaskan
Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Dukung Anak, Misai Kucing dan Hempedu Bumi telah
dikenalpasti sangat berpotensi untuk dimajukan.
Untuk meningkatkan
kesedaran dan kefahaman golongan sasar tentang pembangunan herba sebagai sumber
pertumbuhan baru negara melalui pengeluaran produk-produk bernilai dan
berkualiti tinggi seperti ekstrak herba berpiawaian, Jabatan Pertanian Malaysia
bersama-sama dengan Business Development Centre (BDC), Kementerian Pertanian
& Industri Asas Tani telah mengadakan Seminar Industri Herba Menjana
Eknonmi Barudengan tujuan mempromosi produk-produk herba tempatan yang
berkhasiat yang telah melalui kajian saintifik dan klinikal sebagai sumber
produk kesihatan alternatif dan kajian sains bagi herba-herba terpilih seperti
Tongkat Ali, Misai Kucing, Dokong Anak, Kacip Fatimah, Hempedu Bumi dan lain
lain herba yang berpotensi untuk kegunaan kesihatan.
Kesimpulannya, kita
perlu mengambil kesempatan penuh kekuatan yang terdapat di negara ini untuk
membangunkan industri herba bukan sahaja untuk meningkatkan tahap ekonomi
tetapi juga untuk meningkat tahap kesihatan.
No comments:
Post a Comment